Tuesday 28 August 2012

Sultan Abdul Hamid II

 
 
 
Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September 1842. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1918. Nama penuh beliau adalah  Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Beliau adalah anak kedua kepada Sultan Abdul Majeed I (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki, Arab dan Farsi disamping mengetahui bahasa Perancis. Beliau telah mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi. (Muzakkarat (Diari)  As-Sultan Abdul Hameed) Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa  saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.

Khalifah Abdul Hameed II

Pada 31hb. Ogos 1293Hijriyah (1876) , Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi  Khalifah menggantikan abangnya, Murad V. Ummat memberikan baiah dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hinggalah ke tahun akhir beliau memerintah iaitu 1909, beliau menetap di Istana Yildiz. Abdul Hameed menyedari, seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah disebabkan adanya komplot menentang Daulah Islamiah (Negara Islam).


Para sejarawan gemar mengkaji dengan amat mendalam tentang perwatakan Abdul Hameed. Dia telah  diberikan jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting. Dia telah menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan komplot dalaman dan luaran, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang berterusan. Abdul Hameed meluahkan perasaannya dalam hasil karya dan sajaknya. Di sini dipaparkan contoh sajak tulisannya yang telah diambil daripada buku "Ayahku Abdul Hameed", hasil karya anak perempuannya, Aishah.

Terjemahan sajaknya,
 
"Ya Tuhanku aku mengetahui Engkau Yang Maha Esa (Al Aziz) dan tiada lain melainkan Engkau Yang Maha Esa,
Engkaulah Yang Mana Esa dan tiada yang lain
Ya Tuhanku pimpinlah aku dalam masa kepayahan ini
Ya Tuhanku tolonglah aku dalam masa yang genting ini".

No comments:

Post a Comment