Wednesday 29 August 2012

MeMoRi : Aktiviti , Pengkajian dan Travel bersama yang MURAH :)




Gelagat seorang Teze ( Mak cik ) penbuat roti 

( Borek ) dikampung CUMALAKIZIK , Bursa . Perkampungan lama yang berusia hampir 
700 tahun .






Suasana Restoran jualan makanan halal diBursa , Bursa juga dikenali dengan Iskandar Kebabnya   
( Bursa kebab ) yang dipercayai merupakan masakan Favourite turun-temurun di era kesultanan Uthmaniyah di Bursa .










Papan tanda ini terletak didalam kawasan makam Sultan Osmangazi dan Sultan Orhangazi serta kaum kerabat mereka yang terletak diBursa . Sultan Osmangazi juga merupakan Sultan pertama didalam Institusi Uthmaniyah . Beliau juga merupakan seorang panglima tentera bersempena dengan gelaran yang diberikan pada beliau sendiri iaitu GAZI .








Koza Han yang terletak didaerah Heykel ( Monumen ) , yang mana sempena dengan sebuah monumen yang  dibuat menggambarkan Keberanian Sultan Osmangazi dan juga monumen2 tokoh2 yang sezaman dengan beliau .





Aktiviti Ski bersama dengan pelajar2 Perubatan  dari University of Chairo di ULUDAG yang mana merupakan pusat Ski terbesar dan Termashur diTurkey ,  ianya terletak dinegeri Bursa .






Bergambar bersama dari kiri :
( Khair Ali , Badri , Azri , saya , Mursyid )
Dibelakang : ( Hassan )










Didalam Masjid Lama yang diberi nama Ulucami , berusia sejak 1349 tahun selepas masihi , Pernah dijadikan kandang kuda dan terbiar sewaktu era pemerintahan secularisma oleh Mustafa Kamal Ataturk .Didalamnya juga terdapat kesan2 lama yang masa masih terjaga dan dikekalkan oleh kerajaan Turkey . Sewaktu uthmaniyah mengambil alih tampuk pemerintahan selepas dari kejatuhan Empire Islam Abbasiyah . Uthmaniyah telah mengambil pelbagai barang2 yang bercirikan dan mempunyai sejarah tamadun Islam dari pada Mekah dan Madinah untuk dijaga . Antara kesan peninggalan yang terdapat melalui ukiran dan sebagainya yang terdapat pada masjid ini ialah :

Serambi pintu Kaabah yang terdahulu .

Penulisan Kaligrafi lama yang perbagai . Dakwat yang terdiri dari dakwat2 emas dan berwarna hitam yang .Tulisannya berunsur zikir2 dan ayat-ayat Al-Quran . Dan Tarikh2 bagi setiap penulisan Khat tersebut adalah bermula dari sebelum kewujudan Pembukaan Kota Constantiniyah mengikut peredaran zaman diEra nya sehinggalah zaman kegemilangan Uthmaniyah . Ada juga terukir dizamannya sebuah Khat yang berbentuk Kapal yang mana juga menggambar kan bentuk kapal yang digunakan oleh Sultan Mehmet2 ( Sultan Muhammad Al-Fateh )  sewaktu meluncurkan didalam peristiwa pembukaan constantiniyah melalui puncak bukit dibelakang Galata .Terdapat juga didalamnya  Sebuah pena Khat yang besar yang mana dipercayai merupakan pena sebenar sebenar dalam hasil setiap penulisan di masjid yang bersejarah tersebut .Disisi Mimbarnya  juga terdapat ukiran alam dan sistem paksi semesta yang memberi tanggapan dalam dunia Islam yang baru bahawa bidang Astronomi ini telahpun lama dikaji sehingga ke zaman Uthmaniyah Turkey .

Didalam masjid ini juga terdapat sebuah gambar yang menggambarkan suasana Kaabah secara 3D sebelum kejatuhan semua empire Islam .





Pencuci mulut dan Halwa DiTurkey . ( Baklava , Kunnefe , Kadayif , Pismaniye  dan sebagainya )






Kupang berNasi ( Midiye )yang mana dijual disekitar jalan sebagai juadah ringan .










Sewaktu Perjalanan menjejaki Sebuah kampung lama ( Cumalakizik )





Bersarapan sebuah restoran Buffet dikawasan Denizli .








Bersama wakil Stuff tourism Pamukkale











Taklimat ringkas mengenai Plan perjalanan .



























Pamukkale, yang bermaksud "istana kapas" dalam bahasa Turki, adalah sebuah laman semulajadi di Denizli Province di barat daya Turki. Bandar mengandungi air panas dan travertines, teres mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir. Ia terletak di rantau Inner Turki Aegean, di lembah Sungai Menderes, yang mempunyai iklim yang sederhana bagi kebanyakan tahun.Travertine teres formasi di Pamukkale, Turki. 21 MEI 2011

Kota kuno Greco-Rom dan Byzantine Hierapolis dibina di atas "istana" putih yang dalam jumlah kira-kira 2700 meter (8,860 kaki) panjang, 600 m (1970 kaki) lebar dan 160 m (525 kaki) tinggi. Ia boleh dilihat dari bukit di seberang lembah di bandar Denizli, 20 km jauhnya.

Pelancongan dan telah menjadi industri utama. Rakyat telah dimandikan di dalam kolam selama beribu-ribu tahun. Seperti baru-baru ini sebagai pertengahan abad ke-20, hotel yang dibina di atas runtuhan Heropolis, menyebabkan kerosakan besar. Satu jalan pendekatan dibina dari lembah sejak teres, dan basikal bermotor telah dibenarkan untuk pergi ke atas dan ke bawah cerun. Apabila kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia, hotel telah dirobohkan dan jalan raya dikeluarkan dan digantikan dengan kolam tiruan. Memakai kasut di dalam air adalah dilarang untuk melindungi deposit.






Disebuah Collasium di Hierapolis ( holy City ) . Yang mana berfungsi sebagai theater penghibur sewaktu dizaman Rom . Collasium juga menggunakan sistem tanpa wayar yakni mempunyai sistem audio dan suara yang baik tanpa perlu mengguakan sebuah mic sewaktu perlansungan pertandingan di Collesium ini dijalankan.






Kolam Mandi Awam di Hierapolis yang mana kolam mandi ini berasal dan digunakan sejak dari zaman Rom yang mana kerajaan Turkey ketika ini masih mengekalkan naturalnya . Didalamnya masih terdapat kesan2 peninggalan rom seperti benteng2 dan tiang2 yang berukiran Yunani , didalamnya juga masih terdapat ikan2 kecil . Kolam ini juga mengeluarkan sisa air yang panas menyebabkan ia menjadi tarikan semula jadi para pelancong :)








Hierapolis, yang namanya bermaksud "bandar suci," dipercayai oleh orang dahulu kala yang telah diasaskan oleh dewa Apollo. Ia telah terkenal dengan mata air suci panas, wap yang telah dikaitkan dengan Pluto, dewa neraka. Bandar juga mempunyai komuniti Yahudi yang ketara dan telah disebutkan oleh Paulus dalam Surat kepada Kolose bapanya.

Hari ini, Hierapolis adalah sebagai Tapak Warisan Dunia dan destinasi pelancongan popular. Di samping untuk menarik dengan runtuhan klasik, Menawarkan Kolam terma Suci di mana anda boleh berenang dengan artifak purba, pemandangan teres yang menakjubkan putih Pamukkale, dan sebuah muzium yang baik.




Basikal yang disediakan sekitar bandar Istanbul bagi penggunaan pelancong .





Masjid Sultan Sulaiman Al Qanuni yang mana dianggap sebagai khalifah yang tergemilang dizaman Uthmaniyah kerana berjaya menawan 2 per 3 Bumi . Termasuk menguasai daerah Balgrad di eropah yang mana pernah diusahakan oleh Sultan Muhammad Al fAteh . Dipercayai juga bahawa selepas pada kematiannya . Kerajaan Uthmaniyah Turkey berlaku pelbagai keruntuhan akibat dari pelbagai kekurangan sistem kepimpinan yang diamalkn...........







Muzium Greece ( Greece Arkeology Muzeum ) yang mana didalamnya terdapat hasil2 peninggalan Rom dan Yunani diTurkey serta artifak tuhan2 mereka yang sebenar seperti Zeus( Tuhan laut ) dan sebagainya .







Antara Tafsiran ;

Nabi Allah  Muhammad , telah berucap bahawa Islam pertama untuk berdoa di Hagia Sophia akan pergi ke Syurga. Sejak itu, ia adalah satu cita-cita besar bagi pemimpin Islam untuk mendapatkan Hagia Sophia.

Pada mei 29, 1453, Sultan Empayar Uthmaniyyah, Mehmet II, menakluk Constantinople selepas pengepungan 54 hari. Beliau terus pergi ke gereja purba Byzantine Hagia Sophia. Apabila dia melihat seorang lelaki hacking batu gereja dan mengatakan bahawa ini adalah sebuah kuil bagi kafir, Sultan Mehmet II kemudian  mengarahkan gereja ditukar menjadi masjid.

Dengan tahun-tahun berikutnya, bangunan2 semakin ditambah . Sultan Bayezid mengarahkan menara baru mengubah satu sebelum bapanya. Dalam abad ke-16, Suleiman The Magnificent membawa dua lilin amat besar dari Hungary akan diletakkan di atas kedua-dua belah Mihrab.  

  
Akhir abad ke-16 semasa pemerintahan Selim II, terkenal arkitek Sinan mengukuhkan bangunan dengan menambah sokongan struktur luaran. Beliau juga membina dua menara di hujung barat bangunan dan makam Selim II tenggara bangunan. Pada 1600-an, dua makam telah ditambah sebelah Selim II: Murad III dan Mehmed III.

Dua pemulihan telah dilakukan di Hagia Sophia pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 1739, semasa pemerintahan Mahmud I, Madrasah , dapur untuk mengedarkan makanan pada fakir miskin, perpustakaan , dan pada tahun 1740 mata air untuk berwuduk upacara telah dibina.





terdapat lukisan Saint Merry, Gabriel dan Jesus yang dikekalkan oleh Al Fateh sehingga kini . Walaupun selepas pembukaan dan penawanan .




Selat bhosporus ( Antara Laluan Air sewaktu dizaman Uthmaniyah ) selain dari menjadi sebuah laluan Perdagangan .



Kisah Fountain di ULU CAMI , dengan pelbagai Tafsiran . Dan Tafsiran Normalnya diadakan Air terjun tempat berwuduk ini adalah disebabkan oleh Sifat dan mengekalkan reka bentuk adat Kerajaan Seljuk sebelum terjadinya Kerajaan Uthmaniyah pertama diBursa . Untuk pengetahuan , Kerajaan Seljuk merupakan kerajaan yang banyak membantu Kerajaan khilafah turkey dengan menyumbang dan mendirikan banyak madrasah dizaman Turkey Uthmaniyah .




Makan Bersama  Ketua pemasaran agent travel kembara sufi Ustaz Fadhil dan Pelajar-pelajar Khursus Sarjana Matematik , Kimia , dan Biology dari Southamton dan Newcastle , England .





memasuki Stage lama persembahan sebenar Tarian Mawlana





Bangguna tapak asas dilakukan tarian sufi ini pernah musnah sewaktu berlakunya gempa kecil di Negeri Bursa yang berhampiran dengan laut Marmara . Kemudiannya ia die beri inisiatif baru untuk pembaik pulih dan kini mula beroperasi dan dijadikan Pusat Cultural dan Pendidikan serta persembahan mawlana . 

Gambar diatas menggambarkan tarikh sebenar terdirinya pusat mawlana ini yang bertulisan Arab .






















Pernahkan anda mendengar berkenaan dengan ahli sufi aliran Tarekat Mewlawi atau Mawlawi yang di asaskan oleh Mawlana Jalaluddin Rumi yang mati di KONYA ?
Pusingan Aliran ini membawa ahlinya ke suatu keadaan minda yang selaras dengan aliran atau pergerakan alam semulajadi ciptaan tuhan,
Biasanya murid hanya dapat berpusing setelah benar benar mampu menyucikan diri mereka ke satu tahap sebelum di benarkan menjalankan teknik ini.
Teknik ini adalah di antara teknik yang paling pantas untuk mengosongkan minda daripada gangguan nafsu atau gangguan kekalutan minda mengikut ahli phychologikal barat.
Minda terpaksa memusatkan fikiran dan tumpuan ke satu titik di tangan, di tengah tubuh dan juga akhirnya ke satu titik iatitu fokus kepada kawalan alam sejagat atau ilahi (ketuhanan)
Bilamana akal mula sedar bahawa ianya tidak mampu untuk memikirkan apa apa ketika berpusing dan sekiranya ia cuba membawa minda memikirkan benda lain, maka ianya akan pening dan mungkin akan pengsan.
Justeru itu minda diikat dan di ajar dan dididik untuk fokus ke satu arah..

Buku Rahsia Pusingan Ahli Sufi Versi Melayu dengarnya telah ada, dan ada juga kelas untuk mengajarnya..bagi yang berminat.



Ahmad Syafiq .
    30.08.12



No comments:

Post a Comment