Tuesday 28 August 2012

Secebis kenangan bersama Abdul Tatib Talip dan Penemuan ilMu BarU .


















     The Words ( Khalimah ) Merupakan antara hasil risalah penterjemahan oleh anak-anak murid Said Nursi yang selalu mencatit segala Taskirah yang disampaikan oleh Said Nursi sendiri yang mana manuskript asal setiap risalah yang ditulis itu menggunakam bahasa Uthmaniyah yakni bahasa asal Kerajaan Turkey sebelum menggunakan huruf latin yang diperkenalkan oleh Mustafa Kamal Ataturk sewaktu era republikan beliau .
 
Taklimat sebagai persiapan Structure penyampaian sewaktu On Air oleh DJ semasa



 Diluar konti bersama ayahanda Abdul Latip Talib selepas habis siaran di Moral FM ( antara Radio Televisyen Islamiah Turkey )

 SeSi perkenalan Biografi .



 Ayahanda Abdul Talib Latip bergambar bersama novelis Sejarah terkemuka Turkey yang mana naskah penerbitannya melebihi 1 juta untuk setiap bukunya dalam setiap tahun .

Bersama Pak Latip , Pengarah Penerbitan PTS Publication dan Suami tercinta , menziarahi Hagia Sophia atau Saint Sophia , Yang mana merupakan tapak pertama yang singgah oleh sebaik2 raja yakni Sultan Muhammad Al Fateh ( Sultan Mehmet 2 ) dan sebaik2 tenteranya penawanan Kota Byzantine ini dan pembukaan kota Constantiniyah ini .Hagia Sophia telah ditawan oleh Tentera Al-Fateh pada 1453 dan sejurus penawanannya ia terus ditukar kepada masjid untuk umat Islam era pemerintahan Sultan Mehmet 2 .



Sewaktu peristiwa penawanan Constantiniyah ini berlaku , Ramai dikalangan rakyat Constantinople ini telah berlindung bersama padderi2 mereka didalam Hagia Sophia , Dan setelah saja pembukaan selesai  , Sultan Al Fateh telah meminta kunci Hagia ini dan terus diberikan dan diberi hak kebenaran oleh 2 orang kristian Ortodox yang merupakan seorang Padderi di zaman itu , Gennadious dan Granduke . Mereka juga pernah mengeluarkan dialog yakni


"Kami lebih rela melihat serban-serban Turki daripada topi-topi Latin dari Eropah di kota ini." - Paderi Orthodok Granduke Notaras & Gennadios .







Hagia Sophia juga merupakan sebuah pusat pentadbiran disamping telah dijadikan sebagai pusat Dakyah Kristian sewaktu era kegemilangan Empire Byzantin , Hagia pernah bertukar bekali2 dari Gereja kepada Masjid , dan akhirnya selepas tampuk pemerintahan berkhilafah jatuh secara tidak rasminya Pada 3 March 1924 .Hagia dijadikan hanya sebuah muzium lawatan oleh Mustafa Kamal.

Yang Menariknya  , Sebaik sahaja Sultan Muhammad Al Fateh menunaikan solat selepas membuka Hagia Sohpia , Sebaik-baik sultan seperti mana yang dikisahkan Rasul junjungan kisah sewaktu didalam Perang Handaq ini lantas berPIDATO :

Antara isi penting dan amaran yang boleh dijadikan tauladan didalam pidatonya iaitu :

" Barang siapa yang menukar Kesucian Masjid Hagia Sophia ini menjadi selain dari Masjid , Maka Laknat dari Allah SWT pada Beliau "

Akhirnya , ia ditukar juga ke pada selain masjid iaitu menjadi muzium sewaktu era kejatuhan Khilafah Uthmaniyah oleh Presiden Turkey yang pertama Mustafa Kamal Ataturk yang mana kebanyakan dari Sultan2 pada waktu itu yang menjadi Khalifah telah dibuang negeri oleh beliau seperti Sultan Murad yakni anak kepada Sultan Abdul Aziz yang telah dibuang ke Taif oleh rejim Turkey pada waktu itu . 







 Bersama seorang anak murid yang agak rapat dengan Said Nursi iaitu Firinci Agabey ( Abang Firinci ) . Said Nursi sendiri pernah menetap dirumahnya selama beberapa bulan . Beliau ini merupakan tokoh besar dan penasihat utama dalam usaha penggubalan isi risalah oleh gurunya Said Nursi . Beliau juga antara pengasas Jemaah al Islamiyah  yang mashur diTurkey dengan penggilan ( the readers ) iaitu jemaah yang amat mengutamakan pembacaan risalah An-nur dalam kehidupan harian terutamanya pada ahli Jemaah .





 Papan Tanda Rumah Badiuzzaman Said Nursi  yang mana antara penempatan beliau selepas dibuang oleh kerajaan ke Isparta ( Dahulunya merupakan sebuah Pulau terpencil dan tidak punya jaringan jalan ) diatas usaha beliau mengembalikan Islam di eranya . Beliau pernah  menetap disitu dari 1926-1934 . Rumah ini telah menjadi tempat persinggahannya sepanjang  hayat beliau dan sering berulang alik dari rumahnya ini ke negeri yang lain dari tahun 1953-1960 .





Said Nursi merupakan seorang Mujaddid yang berpengaruh dItURKEY sejak sebelum kejatuhan Islam disana , Dan beliau merupakan musuh ketat Mustafa Kamal . Ataturk berasa terancam oleh penyebaran dakwah2 beliau dan beliau telah beberapa kali telah dipenjara sebanyak 30 tahun .Pokok ini terletak hanya didepan rumah beliau yang mana sewaktu hayat beliau pokok ini adalah tempat untuk beliau bertafakur , berzikir ( memuji ) mengagumi kebesaran Allah .

No comments:

Post a Comment