Tuesday 28 August 2012

quoting : “ 88 tahun kITAa semua dah ber-Dosa, Selagi mana Khilafah tidak wujud..Selagi itu kita dalam keadaan berdosa ”

Anda sedar atau tak, kejatuhan khilafah uthmaniyah pada tahun 1924 menjadi satu Turning point kepada keadaan dan suasana kita sekarang. Semua ni gara-gara musuh Allah bertopengkan Mustafa Kamal Attarturk laknatullah. Dia telah merancang supaya khilafah musnah dengan empat teknik rahsia yang digunakan.

Tarikh 3 Mac juga menandakan Islam tidak lagi berkuasa sepenuhnya di atas muka bumi Allah SWT dan juga berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW 1400 tahun lalu.

Ini perkara besar ye kawan-kawan, ini isu Umat islam, ini isu dunia kerana tiada Pemerintahan Islam bermakna maksiat akan terus berleluasa..umat Islam di Palestin akan terus dinodai..pemikiran kita juga akan terus dijajah sehingga ke saat ini.

Selami Perjalanan RENTETAN TURKEY . 

 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil. 

1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.

1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.

1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.

1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.

1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.

1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.

1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.

1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.

1526M- Perang Mohacs

1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.

1571M- Perang Lepanto berlaku.

1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV

1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.

1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.

1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.

1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.

1792M- Perjanjian Jassy.

1793M- Sultan Selim III mengumumkan “Pentadbiran Baru”.

1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.

1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.

1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.

1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.

1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.

1829M- Perjanjian Adrianople.

1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.

1841M- Konvensyen Selat.

 1853M- Bermulanya Perang Krimea.

1856M- Berakhirnya Perang Krimea.

1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.

1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.

1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan.  
 Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.

1912M- Perang Balkan pertama.

1913M- Perang Balkan kedua.

1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.

1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.

1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.

1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

2012M…….erkk?

Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui tentang Kejatuhan Khilafah Empayar Uthmaniyah ini.
Dan pastikan anda, kamu dan kita semua adalah satu nilai dari mereka yang bakal mengembalikan dan membangkitan 
Khilafah Islamiah!

Benarlah janji Allah SWT dalam quran 
 Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang Al Maidah : 56

No comments:

Post a Comment