Rasulullah kami umatmu walau tak pernah melihat wajahmu kami cuba mengingatimu dan kami cuba mengamal sunnahmu"
Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan
Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. “Wahai Abu Bakar, aku
begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku ),”
berkata Nabi saw. “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman
engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi saw. “Kamu adalah
sahabat-sahabatku”.
Para sahabat menjadi keliru dan hairan
siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu
mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri.
Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera
menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi
mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku
lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”.
Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, “Ya Rasulullah,
bukankah kami ini ikhwan( saudara) engkau?”. “Kamu semua adalah
sahabat-sahabatku!”
Sekali lagi Nabi menjelaskan.
“Wahai Abu
Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga
mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?”
Persoalan ikhwan
menjadi teka-teki kepada para sahabat. Kemudian Nabi memberitahu bahawa
mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak
berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai
Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi
yang berjuang menegakkan Islam”.
No comments:
Post a Comment