Thursday 27 September 2012

^ 3 BulaN ^ didalam Realiti 1Malaysia .


Selama saya diMalaysia .

       

        Berlambak dikalangan umat Rasulullah yang bangkit sebentar selepas mendapat Gambaran saya dan kawan2 mahupun dari Media sendiri . Kemudian terus Lena . lena . dan lena terus menerus . Kejar CGPA dan bekerja untuk Tuhan mereka yakni * WANG * dan mengejar kehebatan ! Btw tiada yang harus dibanggakan dengan Style kini dengan yang mana dizaman Baginda Rasulullah SWT . Disana JUGA Ramai anak-anak muda yang berStyle tetapi hanya dengan mengejar Cinta Allah sehinggakan ribuan dari mereka Syahid hanya atas Nama Tanggungjawab mempertahankan Islam yang Rahmatallil Alamin .

        Dengan hanya berBEKALkan rasa keImanan mereka yang MASIH BARU TANPA bantuan sumber modern seperti kini berkenaan agama. mereka sanggup berkorban untuk menyelamatkan umat Islam dan manusia sejagat yang hidup seZaman dengan Mereka ......


LENA DIBUAI MIMPI Dunia


Aku tak nampak LANGSUNG semua ini pada kehidupan sebenar segelintir remaja Normal dan Jalanan yang telah di Mine Set kan untuk Enjoy dan Mengejar DUNIA ......

Gambarkan sahaja sekarang ini yang ditindas dan dirogol di Syria . Palestine dan Iraq serta Burma itu adalah adik2 kita dan Ibu Bapa kita .......

        


       RELAX sungguh MEREKA bagaikan Dunia sedang HARMONI kerna Bangsa :)


 RELAX-RELAX . Kİamat lambat lagi . QİAMULLAİL pun nanti2 laaaa .  
      Kitorang HİDUPkan Malam ape dengan İbadat di KL ( Lorong TunkuAbdulRahman )


Kalau kita terus memperjuangankan bangsa dan tanpa memikirkan Agama yang sama UNTUK diperjuangkan SELAIN BANGSA !! Insya Alah we can still be survive and Gain MANY Aspect and EVEN MORE BETTER . Cukuplah MALAYSIA menjadi IDOL yang sedia ada membuktikan hasil perjuangan bangsa yang tidak berkesudahan dengan PERGADUHAN dan kebodohan *Kejahilan*......
MOGA ALLAH MEMBERI mereka Hidayah .....

Ayuh mari bersama mengembalikan dan meluruskan semula HALUAN Anak Muda Islam kita untuk Berjuang Seperti dizaman Rasulullah dan para Sahabat dan Juga sebaik Perjuangan Al Fateh yang bijaksana hasil pentarbiyahan Agama dan Keluarganya ,

P/S : BerNİKAH lah untuk tolak KEjahilan dan bukan Kerana keJahilan .... Sebaiknya perlu rasa lebih bertanggungjawab dalam Usaha mengekalkan Tarbiyyah kearah İslam sekaligus mensucikan kebesaran Nya .
 
  Ahmad Syafiq
     27.9.2012
Karaman . Bursa

Monday 10 September 2012

RESPECT OF THE OTTOMANS TO MECCA AND MEDINA





The reverence of the Ottomans for blessed lands “the Harameyn” actually began when they came to power. During the journey of the pilgrimage, the first stop on the way from Europe to Asia was given the name ‘Harem’ (Sacred). This place still carries the same name even today and it was from that point that the manners necessary for arriving in the two sacred cities were assumed. No act on that journey expressing any manner of ignorance was allowed.













In the year 1678 Sair Nabi set off on a pilgrimage with certain statesmen. When the group approached Madina, Nabi was unable to sleep out of his excitement. When he saw a pasha heedlessly extend his foot in the direction of Madina, he was extremely affected by this act and subsequently began to write his famous epithet. When they neared Madina close to the dawn prayer, Nabi heard the epithet he had written being read out from the minarets of the Prophet’s Mosque.

‘Beware of acting contrary to courtesy in this watchplace of Allah, and the station and blessed land of His beloved Prophet, Muhammed Mustafa. (s.a.s)

O Nabi, enter this place abiding by the rules of courtesy. This is the place that sacred souls follow like moths and a blessed station which the prophets have kissed’

Extremely excited at this situation the poet, Nabi, immediately went to find the caller to prayer: 

“From whom did you learn this epithet and how? He asked him. The caller to prayer replied: 

“Last night the Messenger of Allah (s.a.s) said to me in my dream:

“A poet from my community called Nabi, is coming to visit me. This person loves me devotedly and is full of respect and reverence for me. Greet him with his own epithet from the minarets of my mosque, due to this love he has for me”. So we complied with this command of the Prophet”

Nabi began to weep uncontrollably. He was crying and saying at the same time:

“So the Messenger of Allah (s.a.s) said that I was from his community. The Prophet of Allah has accepted me into his community!....



http://www.facebook.com/ottomanpictures

Jauh PErjalanan , Luas KElihatan ilmu Allah :)






Pabila kita berjalan banyak , kita akan dapat banyak manfaat melihat perjalanan ini  .
( Ibrah dari sesuatu fenomena ke-Angkuhan Manusia dan Kehebatan Mereka)

Al - Imam As- Syafiin Rahimahullah hu taal

" Bermusafirlah , nescaya kamu akan mendapati ganti kepada orang yang kamu tinggalkan , Dan berpenat lelah- Lah kerana kenikmatan hidup itu ada pada setiap kesusahan " 

( Puisi Daei )

Hasil dari kematangan dan pembelajaran berzaman menghasilkan Beliau ini untuk banyak mengubah fatwa di iraq dan Mesir disebabkan pengalaman melihat tempat dan pengalaman Adaptasi yang terkini.....( Sikap manusia apabila melihat Dunia )
.Menyebabkan mereka menjadi lebih sederhana dan lebih memahami 
" SITUASI " .







"  Desperately seeking paradise " 



by : " Ziaudin Sarda "

Beliau menggayakan buku ini dengan begitu menarik , Beliau menceritakan sewaktu memasuki Jamaah Tablirg , Di UK , Dan Beliau sering ke rumah-rumah dan normally menghasilkan Sebuah PERDEBATAN bersama tuan2 rumah dan ahli rumah . Kalau Orang tersebut seorang pensyarah , dicerita2 ritual dan didebatkan ritual2 JENAKA dari Tablirg , Then Beliau menjadi Pening , Beliau merupakan seorang student Perubatan .

menjadikan beliau agak confused ,sebab ada yang kata Jemaah kalian tidak betul , 

( hanya solat , mane kekuatan Islam , Mane kekuatan Ekonomi dan bla,bla,,,.....bla)

Teeeee.....tapi dia terlihat diakan peristiwa sewaktu Jemaah Tablirg sedang berdakwah diPakistan juga dan Allah telah mengetemukan beliau dengan seorang Tukang Paip , Lantas tanpa berlapikkan mana2 pegangan melainkan sebagai seorang Islam , beliau telah mempelawa dan mengajak Si Paip itu untuk melakukan ibadat

 ( Jom tinggalkan Dunia Pula , Cari Akhirat ) 

        Kemudian si Paip itu menjawab , Saya pernah mendengar akan kisah seorang 

Pelacur yang tidak beragama Islam akhirnya dengan memberi seekor Anjing Minum lantas ditakdirkan Allah Azzawajalla itu masuk ke-Syurga . 

So saya as someone yang ( NOBODY knows well ) ini apatah lagi dengaN membantu orang menyambung paip dan memasang Paip ini , Takkan saya tidak boleh masuk ke Syurga !!!



Lantas Terlintas diPemikiran Sardar ini ( Penulis Buku )

Si Dia ini ( Si Paip ) yang mana tidak bersekolah tinggi , Tetapi dengan penghujahan serba ringkasnya menyebabkan AKU TERFIKIR !!!!????

BETUL JUGA !!!!


Lantas Si Paip Menyambung Kalau Si Pelacur yang mana pekerjaannya ini lebih hina dan tidak semulia aku ini , Dan aku bukannya pula memberikan Air pada seekor Anjing , Tetapi pada umat manusia !!! 

Mustahil untuk kalian katakan Aku tidak keSyurga ......

Oleh yang demikian ........


Para Saudara seislam dan Se-JIHAD saya .......


           Terpulang pada diri kalian untuk mentakwil diatas penceritaan ini ...... 

yang ingin saya menceritakan ialah supaya KITA ini sentiasa ingin berjihad memahami sesuatu Ilmu Allah dengan pengalaman ( Ibrah ) dan BERMUSAFIR , Keluarlah daripada pemikiran lama yang bukan kita cari , Akan tetapi telah ditanam didalam diri kita akan sesuatu pengajaran dan fenomena  yang mana bercanggahan dengan Syiar Islam ( oleh Parent or nenek Moyang ), 

Sehinggakan pahaman sebegini dijadikan ADAT dan Amalan Seharian yang mana lebih merosakkan Akidah serta  Pemikiran UmmaH Sejagat .......


          Anak-anak remaja semakin pandai menapis hasil dari kematangan minda mereka yang suka mengetahui , Gunakan dengan sebaiknya , Kerna sedarlah Umat Islam sedang dalam Penyakit Kronik , Dan semakin Lumpuh .....


Umat Islam perlu lahirkan golongan yang logam yang berkefahaman TINGGI seperti para SAHABAT dan Solafus Salih sehingga membuatkan mereka sanggup berjihad dari sebelum Datangnya Syariah ......


CUBA TRY Tanamkan pada diri anak2 PAHAMAN modern Sultan Muhammad AL FATEH ke yang begitu agung sehingga kini ? Ayub al-Ansari ke ? Khalid Al Walid ke ? Saidina Ali ke yang mana Rasulullah meriwayatkan bahawasanya baginda merupakan Gedung Ilmu dan Kunci Gedung Ilmu tersebut hanya ada pada Si Ali ( Pemuda yang berani ) , 

dan pahaman mujahid2 Islam yang lain.......

MaRILah MENGENAL ALLAH dan Sirah Para Anbiya.....


Akhir kata : 


( Ungkapan generasi Y )


" Jauh Perjalanan , Luas Pemandangan "


Assalamualaikum .w.r.t


Ahmad Syafiq

10.9.12

~ Islam ADABI diBuMI Hang Tuah ~


Tanpa di sedari pada Jam 7:31 SENJAKALA ........... Aku terlihat sebuah video yang sangat terBAEK menggambarkan kekuatan ISLAM lebih-lebih lagi diMALAYSIA keseluruh pelusuk Dunia yang mana didalam erti kata lain WORLDWIDE ( WORLD WILD ) ..... Nauzubillah





            Yang ni koyt  kerajaan kita yang berWibawa dan TELUS serta TULUS War2 -kan sebagai melahirkan pemimpin yang penuh WASATIAH sedangkan isu wasatiah ni tidak langsung diambil kira pada dulunya...... kalau betulLah.... memanglah tidak disangkal lagi berapa terlampau Balancenya amalan Dunia mereka dengan kebajikan mereka untuk Akhirat..... tidak dinafikan..... nauzubillah hi min zalik ....... SEDARLAH kalian bahawa inilah hasil dari memperjuangankan bangsa ( MELAYU ) lebih dari memperjuangkan Islam , sehinggakan semangat melayu itu sndri bagi mereka yang memberi kekuatan pada negara ... dan melayu yakni dengan kekuatan bangsa itu-Lah dengan sendirinya yang membentuk Undang2 diMalaysia dan rukun negara ,,,,, 




        


           BaGi Mereka , BANGSA PULA yang membentuk Islam !!!! Hakikat Islam yangg memperjuangankan bangsa tidak diguna pakai bagi menggantikan Ideology Lapuk dan Kusut Kepala pemimpin Kerajaan .....hasilnya didalam Umat islam yang tidak sebangsa dengan kita ini sedang menderita ,Seperti di Suria , Palestine dan diIRAQ dimana jutaan mereka diseksa dan dipenjarakan diatas rekaan tuduhan palsu oleh REJIM Syiah dan zionis , namun diMalaysia Jutaan umat sedang LEPAK dikedai Kopi berjihad meng-Habiskan masa , lepak diROUND THE BOUT sebab " Nak Race " dan Tidur dirumah tanpa menghiraukan seruan jihad membela mereka yang disana,.....





   
      " Sedarlah , Innamal Mukminuna Ikhwan " , Setiap dari Muslim yang Islam itu bersaudara , 




          Wajib diatas mereka "Membela" dan "Berkasih" diantara satu dengan yang lain ...... Kejamnya kita yang memandang SAHAJA lebih daripada cuba memikirkan dan berdoa atas pembelaan saudara kita disana . Moga Jauhillah kami DARI FITNAH DUNIA yang MEMBINASAKAN . Wallahualam bis sawab .

Sunday 9 September 2012

Bukan GOssip RakyAT

           Malas mahu ambil tahu disebabkan tidak tahu berapa kuatnya daya effektif sesebuah cara , sebaik wacana tarbiyah ialah dengan bersemuka , dan berjemaah .

"Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni', taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum,,,,,


         JOM NONTON :

KAMI





KAMI




MADMIE CHANNEL




ARIF


Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-Kata



Oleh: Muhammad Ahmad Rasyid

Masyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulan yang memimpin manusia dalam period tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yang digubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan
kemasyarakatan.

Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara:

1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalam
daripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuatan seperti
penguatkuasaan undang-undang. Ia juga menanamkan pengertian tauladan yang tidak
boleh digarap oleh kekuasaan.

2. Falsafah, kesusasteraan, dailog dan hujah fuqaha’ mengetuk pasak akal, perasaan dan
roh, lalu meninggalkannya dalam pendirian menerima atau menolak. Ketegasan yang
kaku tidak pernah berupaya untuk menakluk hati, dan juga tidak ada tempat untuk rasa
kasih dan cita.



Dari sini dapat diketahui bahawa seutuh-utuh undang-undang atau syariat ialah
undang-undang atau syariat yang disokong dibelakangnya oleh kepercayaan pemimpin
yang melaksanakannya. Kerana helah, putar belit atau pencabulan adalah pendekatan
yang digunakan oleh pemimpin ketika mana ia tidak mendapat sokongan.

Oleh kerana itu tidak berlaku, Islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin.
Kehidupan Islam tidak akan terbina oleh nas syarak semata-mata, tetapi tiang-tiang Islam
ditegakkan oleh kepimpinan daripada kalangan orang-orang yang beriman yang
mempunyai kesan yang sepadu, dari kalangan tokoh pengurusan, politikus, ekonomis,
industri, fuqaha’, hakim-hakim, sasterawan dan intelektual. Yang mengetuai mereka ialah
seorang lelaki yang mengumpul semua kelebihan dan memiliki kepekaan yang syumul.
Tidak ada peluang bagi undang-undang Islam untuk melakukan perubahan, tanpa ada
memiliki hati yang tersengat dan menganggap perlaksanaan undang-undang Islam satu
ibadat.

Kefahaman ini bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telah
diperjelaskan oleh para fuqaha’ salaf. Kerana mereka memahami bahawa para wali Allah
yang menolong dan membantu agama-Nya terdapat di kalangan seluruh golongan umat
Muhammad (s.a.w.), selagi mereka tidak tergolong daripada kalangan orang yang
melakukan bid’ah dan kefasikan yang nyata. Jadi mereka terdapat di kalangan ahli al-
Quran dan ahli ilmu. Mereka terdapat di kalangan ahli jihad dan peperangan. Mereka
juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan peladang.
Imam Ahmad Merasa Pelik

Ketika Imam Ahmad bin Hanbal melihat dengan pandangan hatinya, beliau
melihat berlaku penyisihan kepada orang yang thiqah (adil) sedangkan golongan yang
tidak disenangi, ditabalkan. Memberi kedudukan kepada ahli bid’ah dan penyerahan
tugas kepada orang yang tidak layak, beliau berkata: “Pada hari ini, jika kamu melihat
sesuatu yang lurus betul, maka kamu hendaklah merasa hairan dan takjub kepadanya.”

Kehairanan ini ada rasional kebenarannya . Apabila hawa nafsu telah mengatasi
iman dalam recommendation yang dilakukan terhadap seseorang untuk satu satu jawatan
sehingga seseorang dipuji; “alangkah berakalnya dia” , “alangkah pintarnya dia” dan
“alangkah penyabarnya dia” , sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan sekali pun
sebesar biji sawi. Sehingga terjadi orang-orang zalim dilantik memegang kementerian
dan berada di pusat kuasa, serta orang-orang jahil memimpin dan mengetuai majlis-majlis
ilmu. Sehingga para ahli sejarah bersepakat bahawa punca segala fenomena kelemahan
umat Islam adalah pada kecacatan sifat para perlaksana.
Iktibar Daripada Tragedi



Tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijah
semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Tiada
siapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan
amaran yang telah diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebut
tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk
mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam dan
Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat
memeritkan.



Ibnu al-Qayyim telah mengucapkan satu ungkapan yang bersejarah. Ia
menggambarkan keadaan yang berlaku pada masa itu. Beliau menyimpulkan bahawa
punca kebatilan yang dilakukan golongan batil adalah kerana tipu daya syaitan yang
merupakan musuh manusia dan selaras dengan analisis Islam terhadap pertarungan yang
berlaku di antara kebaikan dan keburukan, serta bersesuaian dengan akidah Islam.
Pertembungan Islam Dan Jahiliah



Beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “Lalu
syaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan
berwala’kan kepadanya dengan membelakangi Tuhan mereka yang sebenar (Allah).
Mereka telah menjadi musuh kepada Tuhan mereka yang sebenar bersama dengan
syaitan yang memangpun sudah menjadi musuh kepada Tuhannya. Mereka menyeru
kepada kemurkaan-Nya. Mencacat cederakan rububiyyah, uluhiyyah dan keesaan-Nya.
Mereka mencela dan mendustakan-Nya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para wali-
Nya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha untuk menghapuskan para
wali-Nya daripada kewujudan ini. Mereka juga berusaha keras untuk mendirikan satu
negara buat mereka.”

Apa yang menarik di dalam petikan di atas ialah beberapa perkataan dan istilah
yang digunakan oleh Ibn al-Qayyim, seolah-olah beliau menyifatkan tabiat pertarungan
yang sedang berlaku di antara gerakan-gerakan Islam dengan kem jahiliyyah. Beliau
menyebut perkataan kumpulan (hizb), fitnah, kesusahan, penghapusan dan penegakan
negara batil. Perkataan-perkataan ini menawan keprihatinan anda, agar anda memberikan
perhatian atau tertarik kepada persamaan bentuk peperangan dan pertarungan yang
sedang anda hadapi, sebagaimana yang telah dihadapi oleh generasi Ibn al-Qayyim dan
sebagaimana yang telah dialami oleh kumpulan yang bersama dengan Imam Ahmad ibnu
Hanbal (r.a.)


Part 1

Part 2

" Video yang mana serba sedikit menceritakan perjalanan Dakwah Al-Islamiyah para Salafus Soleh , Alim Ulama , Para Daei dan Cendekiawan Islam serta Khalifah dalam menyuburkan Syiar sehinggakan pernah mencipta sebuah tamadun sewaktu dizaman kegemilangan Abbasiyah dan juga anjakan2 serta membuktikan akan keberkesanan dakwah plan penyelenggaraan mereka dizaman teknologi belum lagi membangun. namun Akhirnya kekebalan benteng KITA suatu ketika dulu ini jatuh juga akhirnya oleh penyalah gunaan Agama dan ketaksuban akan DIRI SENDIRI dan kepentingan sesetengah KRONI :) "



Pertarungan yang kita lihat, bukanlah suatu yang baru,
Ia adalah pelampauan, tetapi dengan nama-nama yang baru.
Pertarungan di antara beberapa kumpulan yang saling bercakaran,
Tetapi apabila untuk menentang agama, mereka bersatu.



Pertarungan yang berlaku hari ini adalah pertarungan politik kepartian yang
tersusun bagi mendirikan negara jahiliyyah. Mereka sebenarnya telah mendirikannya.
Pertarungan mereka berterusan untuk mengekalkan kewujudan negara tersebut, untuk
mengukuhkannya dan mendidik generasi baru di atas kekufuran. Hakikatnya ia bukanlah
kerosakan akhlak, kejahatan dan kegilaan yang hanya boleh ditangani dengan nasihat
(ceramah) para pendakwah sahaja.



Dalam keadaan ini, golongan yang mempunyai ghirah (semangat) Islam dan
akidah keimanan di setiap tempat hendaklah saling tolong menolong, menyusun tenaga
dan strategi, menyempurnakan kekurangan tarbawi dan memperbanyakkan bilangan, di
dalam proses melakukan ‘penyelamatan’ melalui praktis jihad politik yang tersusun untuk
menegakkan negara Islam yang dipimpin oleh para du’at yang haraki.



Membutakan Mata


Setiap muslim dituntut untuk memberikan sedikit impak dan turut serta membawa
kebaikan di dalam proses ‘penyelamatan’ ini berdasarkan kemampuannya. Tiada makna
kehidupan seseorang yang berpendirian negatif. Dia hanya mendapat kenikmatan di
dunia ini, dengan makan, minum dan wanita, sedang dia tidak berusaha untuk
memperlihatkan pendiriannya terhadap ahli fikir di sekitarnya. Para politikus di kiri
kanannya juga sedang bertarung; ada yang baik dan ada yang jahat, sedang dia hanya
menjadi penonton sahaja.



Sikap negatif, suka mengasingkan diri dan hanya menjadi penonton ini, adalah
ungkapan singkat berupa sindiran yang tidak disukai oleh Abdul Rahim bin al-Ikhwah al-
Shaibani, seorang penyair dan ahli tafsir. Beliau menganggapnya sebagai kematian. Di
sisinya, seseorang manusia dan pedang, jika tidak memberikan sebarang kesan atau
impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung.
Al-Rafie pergi lebih jauh.

 Beliau melihat tiada sebarang alasan bagi kewujudan
seseorang yang berpendirian negatif. Beliau memberi amaran kepada anda tentang
keperluan bersikap jelas dan terang. 

Kerana jika anda tidak menambah sesuatu (kesan atau impak) kepada dunia ini, maka anda adalah barang lebihan kepada dunia ini.
Inilah keadaan orang yang disengat hatinya ketika melihat kesejukan ummat Islam. Sengatan itu melupakannya daripada mengingati lafaz-lafaz yang lembut. Hilang dari ingatannya bahawa anda tidak mampu mendengar ungkapan yang berterus terang,lalu dia berkeras terhadap anda sedangkan anda tidak berdaya menanggungnya.


Falsafah Perubahan Islam





Perubahan Islam yang dicita-citakan itu bukanlah satu falsafah yang berbelit-belit
sebagaimana yang difahami oleh setengah orang. Ia merupakan falsafah perubahan
dalam Islam. Secara ringkas falsafah ini terungkap dalam kata-kata Rubi'e bin 'Amir
kepada Rustam, ketua angkatan bersenjata Parsi, apabila ditanya sebab kemaraan
orang-orang Islam:

     "Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia)
dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah
yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih
luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan
agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka
barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di
tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut
seruan Allah yang dijanjikan."

Ciri-ciri Perubahan Islam

Perubahan Islam mempunyai ciri-ciri aqidah dan akhlak yang berbeza dari aliranaliran
perubahan lain di dunia. Tidak pernah mereka yang telah menghirup dan
mengecapi Islam, kemudian enggan dan menolaknya, kerana Islam mempunyai
keunggulannya yang tersendiri dalam konsep pemikiran, 'manhaj' haraki dan 'uslub'
perubahan. Antara ciri-cirinya:







A) Perubahan Menyeluruh

Perubahan Islam bukan setakat perubahan suatu sudut dari sudut-sudut kehidupan
manusia, baik di segi sosial, ekonomi, politik atau aqidah, tetapi dari segi tabiatnya.
Islam itu adalah merupakan manhaj yang menyeluruh (kulli dan syamil). Ini
menjadikan 'perubahan Islam' itu unik dari segi manhaj dan uslub (method dan cara).

          Oleh kerana itu perubahan Islam tidak mungkin tercapai dengan cara
rekaan sematamata, apalagi secara 'irtijali' yakni tanpa program, dan tidak juga dengan 
cara ketenteraan untuk mendapatkan kuasa secepat kilat. Sebaliknya, perubahan Islam itu
mestilah dengan mempersiapkan faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan
terbangunnya masyarakat di atas asas-asas itu.

B)Perubahan aqidah (ideological)

Aqidah Islamiah menentukan tabiat dan manhaj perubahan. Maka garis yang
membataskan polisi perubahan itu berkisar dan berpusat kepada dua tonggak asasi:-

1) Betul tujuan/matlamat yang ingin dicapainya; betul dalam method atau manhaj
perubahannya. Inilah yang menjadikannya menolak nilai/kriteria perubahan secara
parti, politik dan ketenteraan.

2) Betul wasilah dan terjamin tepatnya dari segi syara' serta bersesuaian dengan ruh
Islam, sebagaimana terpeliharanya juga perubahan Islam itu dari melanggar kaedahkaedah
syara'.

Islam melihat perubahan itu bukan sahaja dari segi tujuan tetapi juga dari segi
wasilah (jalan) bagi menegakkan perintah Allah dan melaksanakan hukumanNya.
Apabila perubahan itu tidak mencapai tujuan, ianya boleh membawa akibat buruk
kepada Islam itu sendiri.

C)Perubahan Berperikemanusiaan

Ertinya, ia tidak akan menuju kepada kebaikan dengan melalui jalan keburukan,
dan menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kebahagiaan. Atau ia tidak membina
bangunan di atas tengkorak dan darah.

        Walaupun Tacashoft, seorang pemimpin agung Komunis telah memberikan
amaran untuk menghapuskan semua orang-orang Rusia yang melewati usia dua puluh
lima tahun kerana mereka tidak mahu mewakili pemikiran Marx, namun Islam
menunjukkan sifat-sifat rahmat dan berperikemanusiaan dalam banyak peristiwa dan
kejadian.

        Pada hari pembukaan Mekah, Abu Bakar As-Siddiq ra. telah menemui bapanya
 yang mana pada masa itu masih lagi seorang musyrik dan dibawanya kepada
 Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw melihat, beliau lalu berkata kepada Abu
 Bakar, "Kenapa tidak orang tua ini sahaja yang di rumahnya dan aku sendiri datang
 menemuinya." Berkata Abu Bakar: "Wahai Rasulullah, dia lebih patut menemui
 engkau dari engkau menemuinya." Maka Rasulullah pun duduk di hadapannya dan
 menyapu ke atas dadanya lalu berkata, Islamlah anda, maka beliau pun memeluk
 agama Islam.

             Di sini jelas bahawa perubahan Islam itu ada mempunyai ciri-ciri
berperikemanusiaan; tabiatnya berakhlak dan akidah Islamiah ialah wasilah serta
matlamatnya.

Perubahan dalam kefahaman aliran-aliran lain.

Kalau demikian kefahaman perubahan cara Islam, bagaimana pula 'mafhum'
perubahan aliran-aliran lain?

A) Dalam fahaman Komunis

       Dalam fahaman Komunis, perubahan itu bertolak daripada hasad dengki golongan
pekerja buruh dan prolitariat (golongan kelas bawah). Ia merupakan hembusan
semangat dendam antara kelas-kelas di dalam masyarakat. Inilah apa yang diucapkan
oleh Marx kepada golongan pekerja buruh, "Akan datang kepada kamu lima belas atau
dua puluh atau lima puluh peperangan saudara di antara bangsa-bangsa untuk kamu
menjadi golongan berkuasa dalam bidang politik."

Telah berkata Babun: "Sembelihkanlah golongan berkuasa dan elite serta

jutawan." Berkata pula Bordon: "Dunia mesti mengetahui bahawa tidak ada jalan lain
bagi melawan golongan aristokrat (atasan) selain daripada menghapuskan mereka."
Puak Komunis, dalam kefahaman mereka tentang Perubahan akan menggunakan
segala cara dan jalan (wasilah) yang menyeleweng semata-mata untuk tercapainya
sebuah masyarakat Komunis. Lenin pernah berkata, "Semestinya bagi para pejuang
Komunis boleh menggunakan semua cara penipuan, tipu-helah dan penyesatan.
Perjuangan demi untuk Komunisme boleh dengan apa cara sekalipun asalkan dapat
menyebabkan tercapainya Komunisme. Mesti difahami bahwa Komunisme adalah
suatu tujuan tertinggi dan dalam usaha mencapai tujuan tertinggi ini kadang-kala
dituntut menggunakan jalan-jalan yang tidak suci. Oleh itu Kominisme memberkati
semua cara yang bertentangan dengan akhlak selama cara itu menolong dan membantu
tercapainya matlamat kita iaitu Komunisme."

B)Dalam fahaman Revolusi Perancis

Revolusi Perancis yang bertujuan menentang kezaliman sosial dan penguasaan
politik diktator juga telah mengikuti jalan dan wasilah yang tidak mulia serta
menyalahi slogan dan prinsip yang dilaungkannya.

Kata Mare,"Apakah kezaliman ini? Siapakah yang tidak sanggup menyaksikan aku

memotong kepala-kepala demi melepaskan manusia ramai?" Luther pula, yang
menggesa untuk memadamkan revolusi berkata, "Siapa yang mampu hendaklah
membunuh, mencekik, dan menyembelih dengan secara rahsia atau secara terangterangan.

Oleh itu, bunuhlah, cekiklah dan sembelihlah siapa saja dari para petani

yang memberontak."

C)Dalam Protokol Zionis Yahudi

           Kefahaman Perubahan dalam Zionisme pula ialah mengharuskan segala 
perbuatan kejam dan tindakan merosakkan demi membangunkan Kerajaan Yahuza.
Dalam Protokol (Zionis) Pertama, "Politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan
akhlak, dan pemerintah yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik.
Tujuan menghalalkan cara. Maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa
menoleh apakah ia baik atau berakhlak, apa yang penting ialah sejauh mana
kepentingan dan faedahnya."

Dalam Protokol Ketiga, "Kita perlu memerintah beberapa puak dengan

mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan
kesempitan hidup dan kemiskinan. Perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan
kita menyapu (menghapuskan) setiap mereka yang menyekat tujuan kita."

D)Dalam dunia Arab

         Negara-negara Arab di dalam empat kurun lepas telah memperlihatkan usahausaha
dan gerakan-gerakan perubahan, paling tidak ianya tidak berasaskan aqidah,
tidak berasaskan akhlak dan tidak juga berperikemanusiaan.

         Usaha-usaha dan gerakan itu lebih bersifat kepada Patriotisme, Nasionalisme,

Kepuakan, Sosialisme, Komunisme dan lain-lain yang dahagakan darah dengan
pembunuhan atau mencabul kehormatan, dengan mencincang mayat dan segala bentuk
balas dendam.

         Aliran-aliran ini ialah aliran perubahan yang telah menyimpang dan menyeleweng.

Ianya berkisar pada pembunuhan beramai-ramai yang menggerunkan, sedangkan umat
dan dunia memerlukan kepada suatu manhaj perubahan yang menjamin kemantapan
dan kestabilan, manhaj yang menghilangkan kepulan asap kecelakaan, kegelisahan
dan ketakutan. Ini semua tidak mungkin didapati dalam perubahan Islam.









PEMAHAMAN TENTANG PERUBAHAN ISLAM

Berbagai pendapat dan pandangan tentang pemahaman Perubahan Islam sehingga
ia menjadi suatu keperluan bagi kita menentukan pemahaman yang sebenar, yang
tidak menjadikannya suatu konsep yang salah.

- Perubahan Islam bukanlah suatu fenomena politik bagi sebuah negara.
- Ia juga bukanlah satu ketetapan yang lahir dari sebuah negara yang mengharamkan
hanya sebahagian apa yang diharamkan Allah, atau melaksanakan sebahagian dari
syariat Allah.
- Ia bukanlah merupakan nas dalam perlembagaan di sebuah negara yang menyatakan
agama rasminya ialah agama Islam atau ketua negaranya semesti seorang yang
beragama Islam.
- Dalam Perubahan Islam, tidak tergambar hukuman gantung atau hukuman bunuh
sebilangan kecil atau sebilangan besar mereka yang menyeleweng samada dari segi
politik mahupun akhlak.
- Perubahan Islam tidak berlaku dengan hanya menghapuskan kebatilan tanpa
menelurkan hak.
- Perubahan Islam tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau
bertentangan dengan kemajuan teknik.
- Sesungguhnya perubahan Islam itu adalah dengan meruntuhkan asas masyarakat
jahiliah pada sudut pemikiran, perundangan dan juga prinsip-prinsip. Dan
menggantikannya dengan pemikiran, perundangan dan prinsip-prinsip Islam di
tempat itu.
- Perubahan Islam bererti melaksanakan 'Ubudiyah' manusia kepada Allah di dalam
semua urusan kehidupan individu dan awam.
- Perubahan Islam bererti kesetiaan dan kepatuhan masyarakat, bangsa dan pemerintah
hanya bagi Allah Rabb al-Alamin.
- Perubahan Islam ialah perubahan dari akar umbi secara menyeluruh dan mencabut
segala bentuk 'kayan' jahiliah dan bukannya usaha tempelan atau memperbaiki
beberapa sudut sahaja dengan celupan Islam.