Sunday 9 September 2012

Detik-detik Hidup Belia jika diselaras ~~~



Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-
pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan
aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara
kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub)
yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan
mengubah Kapitalisme. Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan
Sosialisme kecuali dengan revolusi."
            
             Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran
yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan
berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha
mencapai tujuan mereka itu.

            Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah
peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?
Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan
Perubahan).

Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

        Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita 
melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan 
mereka seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah 
menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.
Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa
ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:

1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang
sepatut dilakukannya.

2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani
anak-anak kecil.

3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua
walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun
datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.

            Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah
sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya
dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai
dengan tugas—tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas.
Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya
 lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.

Allah swt. berfirman:

16:70. ..
dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha Kuasa.



         ‘Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada
surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka di telah mendapat petunjuk, 
dan sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.’Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun.

Kenapa Pemuda Islam?

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang
menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi
sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya
generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu
berkehendakkan generasi Islam yang tulen.



         Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu
hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu
kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi
pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;

              4.Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;
Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-
parti kufur dan syaitan;

Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.
Kenapa Perlunya Persiapan Pemuda Islam?

Ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang pemuda Islam dan
matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama dari persediaan pemuda
Islam ini?

            Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa
nafsu dan dorongan-dorongan fitnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu
wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah itu
sudah mencukupi?

Atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan
Islam yang cukup yang membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja?
Dan adakah matlamat persiapan seorang pemuda Islam bagi untuk menjalankan
amal-amal kebajikan, memberikan makan kepada orang miskin, merawat orang sakit
dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?

Atau adakah sekadar mempersiapkan pemuda Islam supaya boleh menjalankan
dakwah Islamiah sekadar melepaskan batuk di tangga?

Atau menjadikan mereka itu berada dalam suatu suasana organisasi pemuda Islam
dan cukup setakat itu tanpa mengira samada dia menjadi da'i atau pembimbing semata-
mata?Pada hakikatnya kita tidak bebas untuk memilih matlamat-matlamat yang di gariskan
itu, pada masa dunia Islam berada di bawah pemerintahan sistem 'Taghut', dan Islam
berada jauh dari memegang teraju pimpinan.


            Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah
untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap
masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan
pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan 
dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

       Amal seperti itu dan apa yang diperlukan olehnya, apa yang berhubung dengan
nya dan apa yang bercabang darinya atau apa yang dituntut olehnya dan juga tujuan
terbesar dari persiapan seorang pemuda Islam tadi; perkara-perkara ini hendaklah
dianggap penting oleh para pemuda Islam. Ini adalah wajib dari segi syara' dan ianya
itu tidak akan gugur dari menjadi tanggungjawab mereka sehinggalah Kalimah Allah
lebih tinggi, mengatasi kalimah-kalimah orang kafir.

        Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia
kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan
hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan
asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat
jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya
tertegaknya sistem Islam.

             5.Ini bermakna bahwa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan
"Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya
berlaku.



                 Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah
tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang
lain ini akan mem-bawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada
perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.
Islam manhaj Perubahan.

Satu daripada ciri-ciri Islam ialah ianya bersifat "merubah." la menolak cara menempel atau
memperbaiki. Ia tidak rela dengan penyelesaian separuh-separuh atau sesuku-sesuku, atau ia tidak ingin mengharuskan hidup bersama jahiliah.

Firman Allah swt:

2:193. 
Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu Hanya
semata-mata untuk Allah.
Manhaj Rasul adalah Perubahan.
Manhaj Rasulullah saw. dalam menghadapi jahiliah adalah bersifat 'taghyir' (merubah). Tatkala
orang-orang Quraisy menemuinya untuk berkompromi supaya Rasulullah menyembah tuhan
mereka selama sebulan dan sebagai balasan mereka akan menyembah tuhan Muhammad pula
selama sebulan yang lain, Al-Quran secara tegas menurunkan ayat:

109:1-6. 
Katakanlah: "Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang
kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku tidak
pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula)
menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah,
agamaku."

42:15.
 Maka Karena itu Serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana
diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan Katakanlah:
"Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan Aku diperintahkan
supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. bagi kami
amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. tidak ada pertengkaran antara kami
dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)".

            6.Kedudukan Umat Islam Mewajibkan Perubahan.

Perubahan wajib sebagai suatu kemestian yang "dharuri" dilakukan oleh para pemuda Islam
bagi menghadapi cabaran zaman, bagi menghadapi gelombang materialisme dan atheisme yang
mengancam kewujudan Islam.
           
              Pandangan yang mendalam tentang kedudukan Umat Islam di setiap tempat
mengukuhkan lagi keperluan mempersiapkan pemuda Islam dengan persiapan yang
mencukupi syarat untuk menunaikan tugas perubahan Islam yang dicita-citakan,
malah ia menjadi suatu tanggungjawab agama yang tidak seharusnya diabaikan atau
dipermudah-mudahkan.

No comments:

Post a Comment