Thursday 20 December 2012

SALAM keatas KEBERKATAN Bumi SÜRİYE ( İsu SeBEnAr )

Kami bersumpah dengan tuhan yang memiliki waktu Subuh,
Dan tuhan yang memiliki segala kekuatan,
Kami akan meneruskan jalan perjuangan kami ini.

Insya-Allah, beberapa jam lagi bumi Syria akan berkumandang azan subuh. Semoga pagi Jumaat ini merupakan permulaan kemenangan kepada rakyat Syria. Biiznillah.

 

 Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

  

As-Syahid Ahmed As-Saqa merupakan di antara mujahidin Syria di wilayah Darayya yang gugur syahid (insya-Allah) semalam. Semoga Allah merahmati as-Syahid.

Berbicara berkenaan syahid, ada benarnya kata Ismael Haniyeh, PM Palestin :

"Jangan kamu menangis kerana kami disini, tapi kami yang patut menangis untuk kamu. Kerana kamu tidak dapat mengecapi nikmat mati syahid seperti kami disini."

Sesungguhnya : Ilmu itu dihilangkan oleh Allah dengan cara mematikan para ulama. Ketika itu manusia akan mengangkat orang yang jahil sebagai pemimpin, sesat lagi menyesatkan.

 


 Mari Boh Pakat2 Ziarah sambil mendengar Tazkirah Ulama Mashur pengarang Kitab Tafsir Al-Sobuni yakni 

 

Al - Fazhilatul Sheikh Muhammad Ali Al- Sobuni !!!!!!!

( Ketua dan Perwakilan ULAMA Sürİya )

di Madrasah dan SUrau2 sekitar Tanah Air kİTa SEKALANG !!! .

Beliau juga merupakan Seorang MURABBİ İslam sebenar yang mana Satu-satunya ULAMA TAFSİR yang diİKTİRaf Dunia yang masih Hidup ( berumur 83 tahun ) , selain merupakan Tokoh İslam yang ke 29 Paling Berpengaruh diDunia . Tunjukkan Solidariti Jasad kalian akan masalah Ummat diSuriya . Murid kepada :

 Sheikh Ramadhan Al Buthi yang mana merupakan Antara Tokoh Ulama SÜRİYA yang HEBAT dan berpengaruh dalam mencorak İslam Di Dunia .

Palestine hampir bertemu sinar Hurriyah

Bagaimana pula dengan Bumi SYAMS sedangkan peristiwa fenomena ini telahpun Termaktub dan diwahyukan oleh Allah . Jangan dengan hanya mengINFAKkan sesuatu sedangkan jasad sebenarnya masih menidakkan untuk TIDAK terus memahami Situasi sebenar Ummat Islam Hari ini . Jangan ingat dengan hanya duduk dikerusi yang empuk dan memberikan sejumlah Wang Melalui Cheque dan sebagainya dapat membantu diri Kalian dari Diazab Narul Jahanam . tanpa cuba untuk berjihad memperbaiki diri menasihati yang lain . Sehinggakan menolak fitrah manusia bahawa diri kalian tidak pernah Jahil dan sentiasa berkuasa . Yang berkuasa TETAP Allah yang maha MENCIPTAKAN . Bukan Suami2 dan Isteri2 kalian . Bukan PM and etc ......

 



SyRİAn İssues are more to PEople PunİSHMent and HUMAN ABBUSED !!!!

BASEd on MEETİNg dengan GSS ( Gabungan Selamatkan Syrian ) bersama pelajar-pelajar Malaysia Turkey .

Mahu share sikit as a Muslim yang berJİHAD ( aka berLAJAR and İbadah )

NOTA RİNGKAS dari pengetahuan kecil saya dan info dari sesetengah PİHAK :) yang saya SALİN

  • Oleh Wakil İKRAM SELANGOR merangkap Pengurusi GSS , BRO Naim Jusri .
  • Wakil TV dan Producer FİLEM2 dan Dokumentar TV AL- Hijrah ( Tak berapa İngat Nama )
  1.  Setelah sampai di İbrahim Pasa ( Antakya , border Turkey-Süriye ) yang mana merupakan KEM Tentera dan di Sempadan Süriye inilah ( Hatai dan Antakya ) merupakan satu-satunya kem PELARİAN Süriye yang ada di Turkey yang mana sehingga pertengahan bulan Bulan Disember 2012 kerajaan Turkey yang diKetuai Prime Minister nya yang lantang MENGECAM Recep Tayyib ERDOĞAN ( Tokoh İslam ke 5 berpengaruh ) telah menyumbang untuk FACİLİTY Kem sebanyak     500 milion Lira  ( 850 milion Ringgit ) . DİSEBABKAN PENGİSTİHARAN PERANG ANTARA KERAJAAN TURKEY - SYRİA akibat dari beberapa serangan pihak Bashar Al Asad keatas Sempadan Turkey dan beberapa Daerah Turkey seperti di URFA ( TEMPAT kelahiran nabi İbrahim Alaihiwassalam dan juga tempat Baginda dibakar ) . Kerajaan Turkey telah pun Memberi bantuan Persenjataan Tentera yang mana Turkey sendiri merupakan negara ke 6 yang mempunyai peralatan tentera yang MODERN dan Base tentera terbesar dan kekuatan tentera ke 6 terbesar Di Dunia  selain Malaysia sendiri banyak membeli Tank2 dari Kerajaan Turkey seperti tahun 2011 ( Project DRB Hicom yang membeli lebih 250 Buah Tank CArrying Armo ) yang mana Tank2 mereka antara TOP 3 tercanggih setakat İNİ .
  2.  Pada bulan Julai 2012 Sheikh Yusuf Al-Qardawi  yang mana merupakan ketua KESATUAN Ulama SEDUNİA telah bersepakat mengeluarkan FATWA bahawa SYAHİD pada siapa yang menentang REJİM Bashar Al AsaD di Grand Cevahir Hotel , Turkey . DiTurkey sehingga hari ini terdapat lebih dari 100 Ribu orang Pelarian termasuk yang melarikan diri ke bandar2 utama Turkey ( terdiri dari Syiah dan Sunni yang merasa negara mereka tidak aman ) . Jika dikuliah terserempak mereka yang dikalangan penyokong KERAJAAN dan Pelarian Sunni maka mereka ada kala nya sering bertekak di dalam Kelas . Apa yang lebih kesian adalah wanita2 Pelarian Sunni yang sedang berlajar dan mahupun yang sedang bekerja dan berada di Kem Sempadan , Kebanyakannya mengakui bahawa telah diperKOSA oleh TENTERA SYRİA disana dan mungkin ada yang diPAKSA MUT'AAAH ! 
  3. Selain Suriya mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Syiah yakni Hisbullah diLubnan dan İran . İsu pokok sebenar yang senantiasa menghantui dan menakutkan kİTa ialah disebabkan Suriya juga MERUPAKAN Kerajaan Sosialis yang berhaluan İslamic Radical , Rejim mendapat sokongan Penuh dari Sayap SOSİALİS yang lain seperti ketenteraan CHİNA dan RUSİA .
  4. Seperti mana yang diketahui Umum , İdeology Sosialis dan Komunis itu sendiri diReka oleh Zionis LAknatullah dan sehingga hari ini mereka saling akrab menjalinkan hubungan sesama Negara2 yang berbau SYİAH seperti İran dan BERPEGERAKAN Radikal .Sehinggakan kalau dilihat hari ini REjim Zionis dan rakyat Yahudi diberikan PRİORİTY MESRA dikalangan NEGARA-NEGARA berhaluan kiri ini termasuk Negara2 Syiah . Mereka diberi KAWASAN penempatan PERCUMA  oleh İran ( İSFAHAN ) dan juga diSüriye ( Bukit JİOLAN ) .
  5. Sehingga hari ini sahaja Rakyat yang terkorban selama 2 tahun pembunuhan Rakyat dilakukan Rejim Al- Asad secara besar - besaran telah pon mengorbankan hampir 200 Ribu Mujahidin termasuk Para Asatizah yang mana juga mereka2 ini kebanyakannya terdiri daripada Golongan Kanak-kanak dan İbu2 . İtu belum termasuk kekejaman dan pembunuhan Secara SİR ( Rahsia ) oleh rejim pemerintahan ayahnya Hafiz Al- Asad sehinggakan disaat Kematian Dajjal ini telah pun menjadi Kontroversi Pihak Ulama terutamanya di Syria yang mana bermazhab Ahli SUnnah Wal Jamaah untuk disembahyangkan JENAZAHnya . 
  6. Kata Ulama Tafsir terkemuka Sheikh Muhammad Ali Al-Sobuni , beliau juga pernah mempertikaikan Tindakan Gurunya yang mana merupakan Ulama besar Sheikh Ramadhan Al Buthi dengan bertanyakan mengapa perlu Solatkan JEnazah ini .
  7. Afif Majid yang sendiri mengaku  bahawa ana Karibul Asad . İsu Boleh bermulanya Serangan BESARAN Bashar Al Asad selepas luahan pelajar di SEBUAH SEKOLAH di Süriye yang menulis kebenaran dan kekacauan Rejim Bashar Al Asad terhaap mereka yang Sunni didinding-dinding Sekolah mereka dengan Niat ada pihak yang membantu mereka . Namun ANAK2 kecil ini ditanggap beramai-ramai dan menimbulkan 1001  pertanyaan dari pihak ibu bapa tentang kemana hilangnya Anak2 MEREKA .Kemudian Selepas membuat aduan kepada polis mereka dihalau Pulang dan Anak2 mereka dipenjara dan diseksa DENGAN Kejam seperti dengan MENCUNGKİL Kuku . Menyepak Terajang dan sebagainya . 
  8. Pihak berkuasa ( POLİS ) kemudian mengeluarkan sesuatu yang mengAİBKAN golongan Sunni seperti Kita kepada pihak İbu dan Bapa yang hadir membuat Aduan  . Jika Kalian mahu anak2 kalian , berikan  pada kami İSTERİ-İsteri kalian , Kami akan berikan semula Kalian Anak2 yang baru .
  9.  Selain İtu ditempat Berkuasanya Yahudi diSyria yakni diBUKİT JİOLAN yang mana terletak ditengah2 Syria , Tiada sedikit BOM , Roket dan Manusia mana yang tertindas disana sedangkan lebih 32 tahun HAfez Al Asad memerintah dengan kejam dan 11 tahun Bashar menindas rakyatnya . PELİK tapi Benar dan membuktikan bertapa Rakyat Yahudi dan Zionis diberi keselesaan dan TERJAGA disana .
  10. Kita lihat Selepas sahaja tahta pemerintahan Amerika Syarikat Jatuh kepada President Barrack Obama , Amerika menjadi lebih demokratik dan terbuka , menjadi pertanda baik kerna disebabkan oleh Kurangnya campur tangan pihak Berkuasa AMERİKA berbanding sewaktu pemerintahan terdahulunya.İni memudahkan lagi Saurah ( Revolusi İslam ) untuk berlaku seperti diMesir selepas perhimpunan Revolusi berlaku diTahrir Square selepas pembebasan Dr Morsi dan Ben Ali di Tunisia dan kini insya Allah Di SÜRİYE . 
  11. Jika dilihat pada Revolusi Mesir yang mana memaparkan President Morsi mencapai kemenangan tipis keatas Parti Husni Mubarak dengan lebih 51 % Undian hanya dengan sisipan dan Pengaruh Dakwah MODERN seperti Facebook dan Twitter . Namun Di Syria agak berbeza , Parti KErajaan sentiasa memenangi setiap ELLECTİON dengan kemenagan lebih 80 % . PELİK TAPİ BENAR lagi ..... hehe..... ini berpunca daripada Ciri2 berhaluan Sosialis itu sendiri yang mana ketidak adilan berlaku ( PENİPUAN ) dengan mana pihak kerajaan itu sendiri yang menubuhkan PARTİ PEMBAKANG!!!! Sama seperti di CHİNA dan dimana-mana kerajaan Sosialis dan Komunis yang lain .
  12. RAkyat Di SSSSSSÜRİİİYEEE tidak dibenarkan ber PERSATUAN dan ber USRAH . Oleh yang demikian , Mereka tidak punya İlmu untuk ber NGO dan berkempen untuk Keselamatan Mereka itu sendiri .UN tidak mengİKTİRAF berlakunya keganasan di SYRİA walaupun lebih 40 Ribu RAkyatnya yang terbunuh di HOM hanya dalam masa kurang dari sebulan .
 Maklumat Tambahan :Ada Juga rakyat Malaysia ( termasuk Student ) yang membantu rejim BAshar mungkin kerana mereka bermazhab SYİAH kerna ada dikalangan ahli penyumbang Malaysia ke Syria yg terserempak dengan orang Malaysia disana dan bertanyakan kenapa tidak pulang ke Tanah Air lagi , dan kata mereka untuk menyalurkan bantuan . Kemudian ditanya ( dalam bahasa arab ) fi TİB aw fi Jund ( Untuk PErubatan rakyat Syria atau Ketenteraan ) . Kata mereka kedua-duanya tidak , tetapi untuk bersama dengan Rejim Al Asad .





Oleh yang demikian , memandangkan Malaysia Still lagi punya hubungan diplomatik dengan SÜRİYE , diharap KİTA semakin sedar dan sentiasa membantu Rakyat SYRİA . 


SEDİKİT SİSİPAN SEJARAH SYRİA dan KAİTAN BERDASARKAN AL-Quran dan Sunnah .
  

 Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )

SILA LAYARI FB YANG DI TUBUHKAN KHAS UNTUK MENYEBARKAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI REVOLUSI YANG BERLAKU DI SYRIA..PANJATKAN DOA SELALU AGAR REGIM SYRIA YANG BERALIRAN SYIAH YANG MEMBUNUH RIBUAN RAKYAT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI JATUHKAN SEKEJI-KEJINYA!! SEBARKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT INI AGAR RAKYAT MALAYSIA TURUT MENGETAHUI SITUASI SEBENAR DAN TERKINI YANG BERLAKU DI SYRIA..!


No comments:

Post a Comment