Sunday 9 September 2012

Falsafah Perubahan Islam





Perubahan Islam yang dicita-citakan itu bukanlah satu falsafah yang berbelit-belit
sebagaimana yang difahami oleh setengah orang. Ia merupakan falsafah perubahan
dalam Islam. Secara ringkas falsafah ini terungkap dalam kata-kata Rubi'e bin 'Amir
kepada Rustam, ketua angkatan bersenjata Parsi, apabila ditanya sebab kemaraan
orang-orang Islam:

     "Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia)
dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah
yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih
luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan
agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka
barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di
tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut
seruan Allah yang dijanjikan."

Ciri-ciri Perubahan Islam

Perubahan Islam mempunyai ciri-ciri aqidah dan akhlak yang berbeza dari aliranaliran
perubahan lain di dunia. Tidak pernah mereka yang telah menghirup dan
mengecapi Islam, kemudian enggan dan menolaknya, kerana Islam mempunyai
keunggulannya yang tersendiri dalam konsep pemikiran, 'manhaj' haraki dan 'uslub'
perubahan. Antara ciri-cirinya:







A) Perubahan Menyeluruh

Perubahan Islam bukan setakat perubahan suatu sudut dari sudut-sudut kehidupan
manusia, baik di segi sosial, ekonomi, politik atau aqidah, tetapi dari segi tabiatnya.
Islam itu adalah merupakan manhaj yang menyeluruh (kulli dan syamil). Ini
menjadikan 'perubahan Islam' itu unik dari segi manhaj dan uslub (method dan cara).

          Oleh kerana itu perubahan Islam tidak mungkin tercapai dengan cara
rekaan sematamata, apalagi secara 'irtijali' yakni tanpa program, dan tidak juga dengan 
cara ketenteraan untuk mendapatkan kuasa secepat kilat. Sebaliknya, perubahan Islam itu
mestilah dengan mempersiapkan faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan
terbangunnya masyarakat di atas asas-asas itu.

B)Perubahan aqidah (ideological)

Aqidah Islamiah menentukan tabiat dan manhaj perubahan. Maka garis yang
membataskan polisi perubahan itu berkisar dan berpusat kepada dua tonggak asasi:-

1) Betul tujuan/matlamat yang ingin dicapainya; betul dalam method atau manhaj
perubahannya. Inilah yang menjadikannya menolak nilai/kriteria perubahan secara
parti, politik dan ketenteraan.

2) Betul wasilah dan terjamin tepatnya dari segi syara' serta bersesuaian dengan ruh
Islam, sebagaimana terpeliharanya juga perubahan Islam itu dari melanggar kaedahkaedah
syara'.

Islam melihat perubahan itu bukan sahaja dari segi tujuan tetapi juga dari segi
wasilah (jalan) bagi menegakkan perintah Allah dan melaksanakan hukumanNya.
Apabila perubahan itu tidak mencapai tujuan, ianya boleh membawa akibat buruk
kepada Islam itu sendiri.

C)Perubahan Berperikemanusiaan

Ertinya, ia tidak akan menuju kepada kebaikan dengan melalui jalan keburukan,
dan menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kebahagiaan. Atau ia tidak membina
bangunan di atas tengkorak dan darah.

        Walaupun Tacashoft, seorang pemimpin agung Komunis telah memberikan
amaran untuk menghapuskan semua orang-orang Rusia yang melewati usia dua puluh
lima tahun kerana mereka tidak mahu mewakili pemikiran Marx, namun Islam
menunjukkan sifat-sifat rahmat dan berperikemanusiaan dalam banyak peristiwa dan
kejadian.

        Pada hari pembukaan Mekah, Abu Bakar As-Siddiq ra. telah menemui bapanya
 yang mana pada masa itu masih lagi seorang musyrik dan dibawanya kepada
 Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw melihat, beliau lalu berkata kepada Abu
 Bakar, "Kenapa tidak orang tua ini sahaja yang di rumahnya dan aku sendiri datang
 menemuinya." Berkata Abu Bakar: "Wahai Rasulullah, dia lebih patut menemui
 engkau dari engkau menemuinya." Maka Rasulullah pun duduk di hadapannya dan
 menyapu ke atas dadanya lalu berkata, Islamlah anda, maka beliau pun memeluk
 agama Islam.

             Di sini jelas bahawa perubahan Islam itu ada mempunyai ciri-ciri
berperikemanusiaan; tabiatnya berakhlak dan akidah Islamiah ialah wasilah serta
matlamatnya.

Perubahan dalam kefahaman aliran-aliran lain.

Kalau demikian kefahaman perubahan cara Islam, bagaimana pula 'mafhum'
perubahan aliran-aliran lain?

A) Dalam fahaman Komunis

       Dalam fahaman Komunis, perubahan itu bertolak daripada hasad dengki golongan
pekerja buruh dan prolitariat (golongan kelas bawah). Ia merupakan hembusan
semangat dendam antara kelas-kelas di dalam masyarakat. Inilah apa yang diucapkan
oleh Marx kepada golongan pekerja buruh, "Akan datang kepada kamu lima belas atau
dua puluh atau lima puluh peperangan saudara di antara bangsa-bangsa untuk kamu
menjadi golongan berkuasa dalam bidang politik."

Telah berkata Babun: "Sembelihkanlah golongan berkuasa dan elite serta

jutawan." Berkata pula Bordon: "Dunia mesti mengetahui bahawa tidak ada jalan lain
bagi melawan golongan aristokrat (atasan) selain daripada menghapuskan mereka."
Puak Komunis, dalam kefahaman mereka tentang Perubahan akan menggunakan
segala cara dan jalan (wasilah) yang menyeleweng semata-mata untuk tercapainya
sebuah masyarakat Komunis. Lenin pernah berkata, "Semestinya bagi para pejuang
Komunis boleh menggunakan semua cara penipuan, tipu-helah dan penyesatan.
Perjuangan demi untuk Komunisme boleh dengan apa cara sekalipun asalkan dapat
menyebabkan tercapainya Komunisme. Mesti difahami bahwa Komunisme adalah
suatu tujuan tertinggi dan dalam usaha mencapai tujuan tertinggi ini kadang-kala
dituntut menggunakan jalan-jalan yang tidak suci. Oleh itu Kominisme memberkati
semua cara yang bertentangan dengan akhlak selama cara itu menolong dan membantu
tercapainya matlamat kita iaitu Komunisme."

B)Dalam fahaman Revolusi Perancis

Revolusi Perancis yang bertujuan menentang kezaliman sosial dan penguasaan
politik diktator juga telah mengikuti jalan dan wasilah yang tidak mulia serta
menyalahi slogan dan prinsip yang dilaungkannya.

Kata Mare,"Apakah kezaliman ini? Siapakah yang tidak sanggup menyaksikan aku

memotong kepala-kepala demi melepaskan manusia ramai?" Luther pula, yang
menggesa untuk memadamkan revolusi berkata, "Siapa yang mampu hendaklah
membunuh, mencekik, dan menyembelih dengan secara rahsia atau secara terangterangan.

Oleh itu, bunuhlah, cekiklah dan sembelihlah siapa saja dari para petani

yang memberontak."

C)Dalam Protokol Zionis Yahudi

           Kefahaman Perubahan dalam Zionisme pula ialah mengharuskan segala 
perbuatan kejam dan tindakan merosakkan demi membangunkan Kerajaan Yahuza.
Dalam Protokol (Zionis) Pertama, "Politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan
akhlak, dan pemerintah yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik.
Tujuan menghalalkan cara. Maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa
menoleh apakah ia baik atau berakhlak, apa yang penting ialah sejauh mana
kepentingan dan faedahnya."

Dalam Protokol Ketiga, "Kita perlu memerintah beberapa puak dengan

mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan
kesempitan hidup dan kemiskinan. Perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan
kita menyapu (menghapuskan) setiap mereka yang menyekat tujuan kita."

D)Dalam dunia Arab

         Negara-negara Arab di dalam empat kurun lepas telah memperlihatkan usahausaha
dan gerakan-gerakan perubahan, paling tidak ianya tidak berasaskan aqidah,
tidak berasaskan akhlak dan tidak juga berperikemanusiaan.

         Usaha-usaha dan gerakan itu lebih bersifat kepada Patriotisme, Nasionalisme,

Kepuakan, Sosialisme, Komunisme dan lain-lain yang dahagakan darah dengan
pembunuhan atau mencabul kehormatan, dengan mencincang mayat dan segala bentuk
balas dendam.

         Aliran-aliran ini ialah aliran perubahan yang telah menyimpang dan menyeleweng.

Ianya berkisar pada pembunuhan beramai-ramai yang menggerunkan, sedangkan umat
dan dunia memerlukan kepada suatu manhaj perubahan yang menjamin kemantapan
dan kestabilan, manhaj yang menghilangkan kepulan asap kecelakaan, kegelisahan
dan ketakutan. Ini semua tidak mungkin didapati dalam perubahan Islam.









PEMAHAMAN TENTANG PERUBAHAN ISLAM

Berbagai pendapat dan pandangan tentang pemahaman Perubahan Islam sehingga
ia menjadi suatu keperluan bagi kita menentukan pemahaman yang sebenar, yang
tidak menjadikannya suatu konsep yang salah.

- Perubahan Islam bukanlah suatu fenomena politik bagi sebuah negara.
- Ia juga bukanlah satu ketetapan yang lahir dari sebuah negara yang mengharamkan
hanya sebahagian apa yang diharamkan Allah, atau melaksanakan sebahagian dari
syariat Allah.
- Ia bukanlah merupakan nas dalam perlembagaan di sebuah negara yang menyatakan
agama rasminya ialah agama Islam atau ketua negaranya semesti seorang yang
beragama Islam.
- Dalam Perubahan Islam, tidak tergambar hukuman gantung atau hukuman bunuh
sebilangan kecil atau sebilangan besar mereka yang menyeleweng samada dari segi
politik mahupun akhlak.
- Perubahan Islam tidak berlaku dengan hanya menghapuskan kebatilan tanpa
menelurkan hak.
- Perubahan Islam tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau
bertentangan dengan kemajuan teknik.
- Sesungguhnya perubahan Islam itu adalah dengan meruntuhkan asas masyarakat
jahiliah pada sudut pemikiran, perundangan dan juga prinsip-prinsip. Dan
menggantikannya dengan pemikiran, perundangan dan prinsip-prinsip Islam di
tempat itu.
- Perubahan Islam bererti melaksanakan 'Ubudiyah' manusia kepada Allah di dalam
semua urusan kehidupan individu dan awam.
- Perubahan Islam bererti kesetiaan dan kepatuhan masyarakat, bangsa dan pemerintah
hanya bagi Allah Rabb al-Alamin.
- Perubahan Islam ialah perubahan dari akar umbi secara menyeluruh dan mencabut
segala bentuk 'kayan' jahiliah dan bukannya usaha tempelan atau memperbaiki
beberapa sudut sahaja dengan celupan Islam.

No comments:

Post a Comment